Saturday, December 6, 2014

INORA

Produk  Sabun dan Gel Mandian Herba dari Janji Jitu Sdn. Bhd. (651145-H)

Usahawan Pn. Norasmah Ghani bersama penulis dan produknya
Berpeluang ke acara tahunan Satu Daerah Satu Industri 2014 (SDSI) di Mitc, Melaka dan dapat berjumpa beberapa teman seperjuangan di dalam bidang perniagaan. Di dalam memperkasakan perniagaan berimpak SME, pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk setiap usaha dapat membuahkan hasil yang berjaya.

Bertemu semula dengan sahabat, Pn. Norasmah Ghani, usahawan produk Inora dari Janji Jitu Sdn. Bhd. Semakin berkembang dan berinovasi produk keluarannya di mana beliau adalah seorang pengusaha dan pengedar, sabun, gel mandian dan syampu herba.

Syampu Rossa Sinensis / Syampu Bunga Raya

Syampu Rossa Sinensis adalah antara produk terhangat di pasaran mengandungi ekstrak Hibiscus rosa-sinesis (bunga raya) dan haruman Mimusops Elengi Essential Oil yang membantu mengurangkan masalah kelemumur, keguguran rambut dan kegatalan kulit kepala malah telah juga terbukti membantu serta menggalakkan pertumbuhan rambut / melebatkan rambut.

Gel Mandian & Rawatan Kulit serta Sabun herba dalam gambar di atas, mengandungi Ekstrak Daun Serai Wangi boleh menghilangkan Bau Badan,Memutihkan kulit dan digunakan sebagai Aroma Terapi.

Gel Mandian & Rawatan Kulit serta Sabun herba dalam gambar di atas pula, mengandungi ekstrak Daun Gelenggang yang mampu menghilangkan gatal-gatal, panau, kurap, kudis dan lain-lain penyakit kulit.

Terdapat pelbagai lagi produk berjenama Inora yang sesuai untuk kegunaan harian oleh semua peringkat umur, kerana ianya adalah produk herba yang berkualiti tinggi, suci, halal dan juga selamat digunakan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norasmah Abd. Ghani di talian 012-6674799 / 012-3406996 atau Tel/Fax : 06-5210063

Website : Inora
Email : norib1@yahoo.com

Memperkasakan kraftangan kertas / kitaran