Tuesday, September 2, 2014

Cinta Dalam Kehidupan

Cinta Di Dalam Kehidupan


Cinta di dalam kehidupan. Satu perspektif yang amat luas dari segi pandangan sudut yang berbeza. Cinta itu sendiri amat subjektif. Ianya mempunyai pengertian yang amat luas. Kalimah cinta juga mampu menjadikan seseorang insan itu mempunyai pelbagai variasi perasaan yang ada kalanya membawa kepada kesan yang amat baik atau terkadang tersalah sasar dari batas-batas kehidupan.

Kekuatan cinta mampu membina keteguhan di dalam suatu perhubungan dan ianya juga mampu untuk meruntuhkan dasar keimanan seseorang. Kita sendiri akan terkesima dengan bagaimana hanya ungkapan kalimah lima abjad ini mampu menggegarkan dunia kehidupan. 

Apakah makna cinta? Cinta itu adalah suatu perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap seseorang dan cinta itu juga bermakna suatu perasaan yang mendalam terhadap suatu minat yang membawa kepada keseronokan dan kebahagiaan jiwa.

Oleh itu, jika dalam diri anda ada cinta, hargailah cinta itu dan semailah ia dengan segala kasih sayang dan tanggungjawab. 

Ini adalah 'posting' pembuka kata saya di sini dan secara bebas saya akan menulis sekali-sekala di dalam dwibahasa.

Jom Jengah Website >> http://asrinacraft.blogspot.com <<


No comments:

Post a Comment